Sunday, October 18, 2009

MAKNA PERKATAAN ISLAM

Makna perkataan Islam ialah "tunduk dan patuh kepada perintah Maha Pemerintah dan larangannya tanpa bantahan."Dinamai agama kita ini dengan Islam kerana ia mengajarkan kepatuhan kepada Allah dan tunduk kepada perintahNya tanpa membantah.

Saturday, October 17, 2009

PENAKLUKAN CONSTANTINOPLE

Constantinople adalah pusat pemerintahan Byzantine (Rom Timur).Maharajanya ketika itu ialah Constantin XI.Ketika pemerintahan Sultan Muhammad ke-2 (Sultan Al-Fatih) jajahan takluk Turki Utsmaniyah semakin bertammbah luas bahkan sampai ke benua Eropah dan benua Asia.Pada ketika itu perhubungan anatara raja-raja Utsmaniyah yang ada di dua benua itu berjalan agak kurang lancar kerana sering terkena gangguan daripada bandar Constatinople. Akhirnya Sultan Muhammad ke-2 bertekad untuk menakluknya atas sebab di atas.Pada tahun 1456 M sulatan Muhammad ke-2 mengistiharkan perang ke atas Byzantine.Peperangan itu berlangsung selama 54 hari.Baginda mengerahkan 20 ribu tentera bersama 400 orang askar menaiki perahu ringan,80ribu lagi bergerak di darat dilengkapi 20 buah mariam.Akhirnya empayar Byzantine jatuh ke tangan tentera Islam pada Jamadil awal 857H.

Friday, October 16, 2009

GURU SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH

Guru baginda ialah Syeikh Muhammad Syamsuddin bin Hamzah.Beliau ialah tokoh peradaban islam Ottoman Turki,ahli sosiologi,kedoktoran,farmasi dan pakar sejarah sains.

BIOGRAFI SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH

Nama lengkap baginda ialah Muhammad bin Murad bin Bayazid bin Utsman .Beliau sangat terkenal dengan gelaran al-Fatih (Pembuka) kerana beliau telah mengharumkan namanya sebagai seorang yang hebat dalam bidang ketenteraan dan pembukaan negeri-negeri Islam.Di lahirkan pada bulan rejab 832h bersamaan dengan bulan April 1429 M. Semasa ayahandanya Sultan Murad II beliau dilantik menjadi Gebenor Magnisia.Setelah ayahandanyanya meninggal beliau ditabalkan sebagai Sultan Utsmaniyah ke-7.Beliau adalah sultan yang masyur kerana keperibadiannya yang mulia,ilmunya yang tinggi, zuhud, menghormati ulama', bijaksana, adil dan mencintai kedamaian.